Tun Razak Exchange

Tun Razak Exchange
Logo Tun Razak Exchange

Tun Razak Exchange atau ringkasnya TRX (dahulu dikenali sebagai Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIFD) merupakan sebuah pembangunan daerah kewangan baharu di Kuala Lumpur, Malaysia yang dikelolai oleh Kementerian Kewangan. Projek mega berkeluasan 70 ekar ini dinamai sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Hussein, dan juga lokasinya di sepanjang Jalan Tun Razak. TRX dirancang semasa era Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di bawah rancangan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

TRX dibangunkan dengan tujuan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah hab kewangan dunia, sekaligus dapat bersaing dengan pusat-pusat kewangan antarabangsa seperti di Bandar Raya New York, London, Paris, Frankfurt, Singapura, Hong Kong dan Tokyo.

Keseluruhan projek ini memakan masa selama 15 tahun dan disiapkan secara berfasa, dengan fasa pertamanya dijangka siap pada sekitar 2017-2018.

Mercu tanda bagi TRX, iaitu Menara Exchange 106, merupakan pencakar langit kedua tertinggi di Malaysia dan ketiga di Asia Tenggara.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search